Cari:
Liow Tiong Lai: MCA akan Terus Sokong Inisiatif B&R
2018-01-31 14:30:17 CRI Cetak

Naib Presiden merangkap Ketua Setiausaha Persatuan Pertukaran Luar China, Tan Tianxing ditemui Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), yang juga Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato' Seri Liow Tiong Lai di Beijing semalam.

Tan Tianxing berkata, MCA telah membuat banyak sumbangan dalam memelihara dan mewariskan budaya Cina, menyokong pembinaan "Jalur dan Laluan" (B&R), dan merapatkan persahabatan China-Malaysia. Inisiatif B&R merupakan rancangan penting bagi China meningkatkan tahap pintu terbuka dan kerjasama antarabangsa.

Beliau berkata, berjuta-juta orang keturunan China tinggal di kawasan B&R, mereka berperanan besar dalam menggalakkan kerjasama perdagangan dan kesalinghubungan rakyat negara-negara B&R. Orang Cina Malaysia diharap dapat mengambil peluang B&R, mewujudkan pembangunan yang baharu.

Liow Tiong Lai berkata, Malaysia aktif menyertai pembinaan B&R. MCA telah menubuhkan Pusat B&R, mengeluarkan manifesto B&R bersama pelbagai persatuan di Malaysia. Beliau menyatakan, MCA akan terus menyokong dan menyertai B&R.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China