China bersedia meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dengan pelbagai pihak termasuk Singapura untuk menyelesaikan rundingan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) secepat mungkin, agar memberikan sumbangan kepada proses integrasi ekonomi serantau.
Demikian dikatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media semalam.
Hua berkata, RCEP merupakan salah satu rundingan perdagangan bebas yang terpenting di kawasan Asia Pasifik. Pencapaian RCEP bermanfaat bagi mengukuhkan keyakinan pembangunan ekonomi serantau malah dunia, sekali gus mendorong proses pembinaan kawasan perdagangan bebas Asia Pasifik.