Cari:
Liow Tiong Lai: Malaysia Sedia Galakkan Pembinaan B&R
2018-02-01 16:02:16 CRI Cetak

Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato' Seri Liow Tiong Lai berkata, Malaysia bersedia memperkasankan kerjasama dengan China dalam membangunkan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R).

Liow berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri Penerbangan Awam Asia Pasifik di Beijing petang semalam.

Beliau berkata, "Malaysia merupakan sebuah negara yang memberi sambutan dan penyertaan awal bagi B&R. Malaysia juga negara yang mendapat faedah yang besar daripada pembangunan B&R ini.

"Oleh itu kita akan teruskan usaha ini di bawah rangka B&R, meningkatkan kerjasama dengan negara China memperkasakan Jalan Sutera Maritim, meningkatkan sambungan melalui ketera api. "

"Oleh itu, saya yakin bahawa Malaysia yang boleh memainkan peranan penting dalam ASEAN, iaitu bersama-sama dengan negara China untuk membangunkan inisiatif B&R." kata beliau.

Selain itu, Liow Tiong Lai berkata, tahun ini merupakan Tahun Inovasi China-ASEAN, Malaysia akan menjalankan kerjasama dengan China dalam perancangan inovatif.

Pihaknya menyambut baik projek kerjasama Zon Perdagangan Bebas Digital dengan China yang dilancarkan tahun lalu kerana ia akan mendorong pembangunan logistik dan e-dagang Malaysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China