Cari:
Ma Kai: Memperkukuh Kesalinghubungan dan Galakkan Pembinaan B&R
2018-02-01 10:41:07 CRI Cetak

Inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) anjuran Presiden China, Xi Jinping mendapat sambutan baik dan sokongan meluas daripada negara-negara di rantau Asia Pasifik dan masyarakat antarabangsa. B&R membawa peluang besar kepada kesalinghubungan di rantau ini bahkan dunia. China komited berusaha bersama-sama dengan negera-negara terlibat mencipta wadah kerjasama baharu bagi mewujudkan pembangunan bersama.

Demikian dinyatakan oleh Naib Perdana Menteri China, Ma Kai ketika menyampaikan ucapan dalam Sidang Peringkat Menteri mengenai Penerbangan Awam Asia Pasifik pertama yang diadakan di Beijing semalam.

Menurutnya, pelbagai negara di rantau ini patut mempergiat kerjasama pembinaan prasarana penerbangan, meningkatkan penyelarasan rancangan pembinaan lapangan terbang, kawalan penerbangan dan laluan penerbangan serta piawaian teknik. Di samping itu, pelbagai negara perlu meningkatkan tahap keterbukaan sektor penerbangan awam, melaksanakan dasar yang lebih positif, terbuka dan fleksibel, saling menyokong supaya memberikan limpahan manfaat kepada lebih banyak rakyat di rantau ini, sekali gus mewujudkan pembangunan ekonomi Asia Pasifik yang terbuka, inklusif, seimbang dan menang-menang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China