Cari:
Duterte Harap China Buka Pasaran Pekerja
2018-02-01 12:43:47 CRI Cetak

Menurut akhbar Manila Bulletin, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berharap China dapat membuka pasaran perkhidmatan pekerja.

Beliau dalam sidang media menyeru negara-negara yang menerima pekerja Filipina memberikan layanan baik kepada mereka.

Menurutnya, Beijing kini memerlukan guru dan pembantu rumah. Beliau berharap China dapat membuka pasran perkhidmatan pekerja kepada Filipina.

Menurut statistik, ada lebih dua juta pekerja Filipina berkhidmat di negara-negara Teluk, dan kebanyakan mereka ialah pembantu rumah wanita. Mereka mengirim balik wang ke Filipina berjumlah berbilion-bilion dolar Amerika setiap tahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China