Cari:
Pesta Makanan Lazat China di Yangon
2018-02-03 15:39:48 CRI Cetak

Pesta Makanan Lazat China pertama dirasmikan di Yangon, Myanmar semalam. Kira-kira 300 orang tokoh dari pelbagai lapisan masyarakat menyertai upacara perasmian pesta tersebut.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan, Kebudayaan dan Pelancongan Pusat China-ASEAN, Sun Jianhua ketika menghadiri upacara perasmian tersebut berkata, pesta makanan lazat kali ini merupakan platform bagi pertukaran kebudayaan makanan antara kedua-dua negara, dan juga satu projek inovatif yang memperkasakan hubungan bilateral antara ASEAN dengan China. Selepas itu, Pesta Makanan Lazat Myanmar sebagai interaksi timbal balik, bakal diadakan di Beijing, China pada tahun ini.

Pengerusi Persatuan Persahabatan Myanmar-China, U Sein Win Aung berkata, hubungan persahabatan antara Myanmar dengan China terus diperkasakan dalam pelbagai bidang. Pihaknya mengalu-alukan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) China yang dilihat mampu mendorong pembangunan bersama-sama negara-negara yang terlibat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China