Cari:
Tahun Baharu, Ulang Tahun Hubungan China-Kemboja Diraikan
2018-02-05 14:35:52 CRI Cetak

Persembahan malam anjuran bersama Kedutaan Besar China di Kemboja dan Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Kemboja diadakan di Phnom Penh baru-baru ini sempena Tahun Baharu Cina dan ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Acara tersebut dihadiri kira-kira 700 tetamu termasuk keluarga diraja Kemboja, pegawai tempatan serta diplomat pelbagai negara ke Kemboja.

Duta Besar China, Xiong Bo dalam ucapannya menyatakan bahawa lawatan Perdana Menteri China, Li Keqiang ke Kemboja awal tahun ini telah membuka tirai bagi sambutan ulang tahun hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Kunjungan Li yang cukup berhasil turut menyuntik momentum baharu bagi perkembangan perkongsian strategik komprehensif bilateral.

Kata Xiong, dengan usaha bersama, hubungan bilateral akan terus berkembang hingga membawa limpahan faedah kepada rakyat kedua-dua negara.

Menteri Kebudayaan dan Kesenian Kemboja, Phoeung Sakhena pula berkata, hubungan muhibah antara Kemboja dengan China menguntungkan rakyat dan menyumbang kepada kedamaian dan pembangunan serantau bahkan dunia.

Acara persembahan bersama kali ini merupakan gambaran keeratan Perkongsian Strategik Komprehensif kedua-dua negara dalam bidang kesenian dan kebudayaan.

Beliau amat gembira dapat meraikan Tahun Baharu Cina bersama-sama masyarakat Cina di Kemboja.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China