Cari:
Pertumbuhan Ekonomi Indonesia 5.07%
2018-02-06 14:19:38 CRI Cetak

Indonesia merekodkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 5.07% pada tahun 2017, lebih tinggi berbanding 5.03% pada tahun sebelumnya.

Menurut data Badan Pusat Statistik Indonesia, penggunaan domestik meningkat 4.95%, menyumbang lebih separuh pertumbuhan KDNK. Peruntukan aset tetap meningkat 6.15% manakala pengeksportan meningkat 9.09%.

KDNK Indonesia pada suku keempat tahun lalu turut melebihi jangkaan pasaran dan pertumbuhan suku ketiga, dengan kadar 5.19%.

Ahli ekonomi Indonesia berpendapat bahawa pemulihan ekonomi China dan beberapa entiti ekonomi utama global telah mendorong pertumbuhan pengeksportan Indonesia, sekali gus mengimbangi momentum lemah yang disaksikan dalam sektor penggunaan domestik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China