Cari:
China Penuh Keyakinan Bagi Galakkan Rundingan COC
2018-02-06 14:20:40 CRI Cetak

China yakin mampu bersama-sama negara ASEAN menggalakkan rundingan Kod Tata Laku (CoC) di Laut China Selatan, demi kedamaian dan kestabilan serantau.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang semalam ketika mengulas kenyataan Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan.

Vivian dalam wawancara bersama The Straits Times baru-baru ini menyatakan bahawa situasi di Laut China Selatan makin reda. Katanya, ASEAN dan China bersedia dan penuh keyakinan untuk memulakan rundingan mengenai dokumen CoC. Beliau menyifatkan perkembangan ini sebagai satu kemajuan positif.

Menurut Geng, China menilai tinggi kenyataan Menteri Luar Singapura itu, dan berpendapat beliau secara objektif memperlihatkan situasi Laut China Selatan yang stabil dan berkembang ke arah baik pada masa ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China