Cari:
China, ASEAN Tempuh Era Baharu
2018-02-06 14:37:08 CRI Cetak

Hubungan dengan China telah menjadi hubungan yang paling dinamik dan bervariasi bagi ASEAN dengan rakan-rakan dialognya, sejak proses dialog dimulakan pada 1991.

Demikian ulasan Duta Besar China ke ASEAN, Huang Xilian dalam karangannya bertajuk "China dan ASEAN Bersama-sama Menempuh Era Baharu".

Huang dalam artikel yang diterbitkan melalui akhbar Lianhe Zaobao Singapura, merumuskan bahawa hasil kerjasama kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang telah memberikan manfaat besar kepada 2 bilion rakyat.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-15 Perkongsian Strategik China-ASEAN dan juga Tahun Inovasi China-ASEAN. Kerjasama kedua-dua pihak akan berdepan peluang dan potensi pertumbuhan lebih besar.

Beliau menyarankan agar usaha dilakukan untuk menggalakkan kesalingpercayaan dalam aspek politik dan keselamatan, penyelarasan strategi pembangunan, kerjasama ekonomi saling menguntungkan, serta interaksi sosiobudaya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China