Cari:
Promosi Budaya Shaanxi di Malaysia
2018-02-07 14:27:05 CRI Cetak

Delegasi ekonomi dan perdagangan dari provinsi Shaanxi China yang diketuai oleh Naib Gabenor, Wei Zengjun telah mengadakan majlis promosi pelancongan di Kuala Lumpur kelmarin, dalam rangka lawatan ke Malaysia.

Menurut Wei, meskipun Shaanxi dan Malaysia dipisahkan oleh jarak yang jauh, namun kedua-dua pihak menyasarkan matlamat yang sama, iaitu menyediakan produk pelancongan yang lebih berbagai, berkualiti dan menarik kepada pelancong.

Shaanxi bukan sahaja mempunyai sejarah dan budaya yang cemerlang serta pemandangan yang indah, malah juga tarikan-tarikan zaman moden yang diintegrasikan dengan elemen tradisional. Pelancong Malaysia boleh mengenali China bermula dari Shaanxi.

Wei yang berharap kerjasama antara jabatan pelancongan kedua-dua pihak ditingkatkan, turut mengundang pengusaha dari Malaysia melawat ke Shaanxi.

Selepas majlis promosi tersebut, para peserta telah membincangkan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China