Cari:
Malaysia, Singapura Jalin Pautan Dagangan Saham
2018-02-07 15:54:06 CRI Cetak

Malaysia dan Singapura akan menjalinkan mekanisme pautan dagangan saham bagi menggalakkan pelaburan.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak semalam.

Menurut beliau, berdasarkan persepakatan yang dicapai dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong, perkembangan bursa saham kedua-dua negara telah mencapai tahap yang sesuai untuk menjalinkan mekanisme tersebut.

Mekanisme berkenaan melibatkan lebih 1,600 buah syarikat dan saham bernilai lebih USD1.2 trilion (RM4.7 trilion).

Mekanisme baharu ini akan menyediakan lebih banyak pilihan kepada para pelabur serta menggalakkan jual beli antara pasaran kedua-dua negara.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Lembaga Kewangan Singapura (MAS) akan bekerjasama mewujudkan pautan dagangan antara Bursa Malaysia dan Bursa Singapura (SGX) menjelang akhir tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China