Indonesia komited merancakkan kegiatan eksport, di samping menarik lebih banyak pelaburan asing, khususnya dari China.
Demikian maklum Kepala Badan Koordinasi Penanaman Modal (BKPM) Indonesia, Thomas Trikasih Lembong baru-baru ini.
Kata beliau, pelaburan China di industri hilir Indonesia membantu pengeluaran produk nilai tambah tinggi daripada bahan mentah yang nilai tambahnya rendah.
Sebagai contoh, berbanding masa mengeksport bijih nikel, kini Indonesia mungkin akan menjadi negara pengeksport keluli tahan karat yang ketiga terbesar di dunia.