Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) akan bekerjasama dengan Malaysia untuk memajukan infrastruktur di rantau ASEAN melibatkan projek pengangkutan, penjanaan dan pembekalan elektrik, serta pelabuhan dan lapangan terbang.
Demikian dinyatakan oleh Presiden AIIB, Jin Liqun dalam Seminar Pasaran Modal Dunia yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.
Kata beliau, AIIB akan memilih projek-projek yang berpotensi dan menarik penglibatan modal swasta.
Tambah beliau, AIIB akan mengekalkan sikap inklusif dan membuka pintu kepada negara-negara yang belum berstatus anggota.
AIIB yang ditubuhkan pada bulan Januari 2016, kini dianggotai 84 buah anggota dan mendapat pengiktirafan yang luas daripada masyarakat antarabangsa.