Cari:
HSR Malaysia-Singapura Dapat Sokongan Ramai
2018-02-09 11:31:32 CRI Cetak

Syarikat Kereta Api Laju Malaysia semalam mengumumkan hasil tinjauan pendapat umum terhadap projek pembinaan landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Malaysia-Singapura. Kira-kira 95% respoden menyatakan sokongan terhadap pembinaan projek tersebut.

Syarikat Kereta Api Laju Malaysia dalam satu kenyataannya memaklumkan bahawa sebanyak 35 ribu respons diterima dalam tempoh tinjauan selama tiga bulan itu.

Tinjauan tersebut turut mendapati bahawa antara isu-isu yang menarik perhatian masyarakat ialah kemudahan HSR, potensi ekonomi, pengambilan tanah dan kesan kepada alam sekitar.

HSR Malaysia-Singapura akan beroperasi pada kelajuan maksimum 350 kilometer sejam, memendekkan masa perjalanan antara Kuala Lumpur dengan Singapura kepada hanya 90 minit.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China