Cari:
PM China Ditemui Menteri Luar Indonesia
2018-02-10 14:10:39 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi di Beijing semalam.

Li Keqiang dalam pertemuan itu berkata, China dan Indonesia, dua negara membangun yang besar dan negara yang berjiran ini, mempunyai kepentingan bersama yang luas dalam usaha memelihara kedamaian serantau dan mewujudkan pembangunan. Terdapat potensi yang besar dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan memandangkan ekonomi kedua-dua negara boleh saling melengkapi. China mengutamakan perkembangan hubungan dengan Indonesia dan bersedia merapatkan pertukaran peringkat tinggi dan meningkatkan penyelarasan antara pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan(B&R) dengan strategi pembangunan Indonesia di samping menerajui kerjsama dalam bidang infrastruktur.

Tambah beliau, China bersedia mengambil peluang sempena ulang tahun ke-15 hubungan Perkongsian Strategi China-ASEAN untuk membawa hubungan itu ke tahap baharu dan menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran serantau.

Retno Marsudi dalam pertemuan itu pula menyatakan kesediaan pihaknya untuk meningkatkan pertukaran peringkat tinggi antara kedua-dua negara, memperkasakan kerjasama ekonomi dan perdagangan, memperdalam pertukaran sosiobudaya dan mendorong pembinaan landasan kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China