Persatuan Cina Malaysia (MCA) akan mendorong kerjasama "Jalur dan Laluan" (B&R) antara Malaysia dengan China, menggalakkan semua rakyat Malaysia mengongsikan hasil kerjasama, sekaligus meningkatkan hubungan bilateral Malaysia-China ke tahap yang baharu.
Demikian dinyatakan oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam upacara perasmian "B&R 2.0 MCA" kelmarin.
Menurut beliau, inisiatif B&R telah membawa peluang baharu kepada pembangunan hubungan Malaysia-China dan juga membawa harapan kepada generasi baharu kaum Cina Malaysia.
Dalam tempoh lima tahun sejak inisiatif "B&R" dikemukakan pada tahun 2013, jumlah keseluruhan perdagangan Malaysia-China mencatat RM1.1475 triliyun, meningkat 52.4% berbanding tempoh lima tahun sebelum 2013. Seiring dengan meningkatnya kerjasama "B&R" antara kedua-dua negara, kesannya sedang beransur-ansur mempengaruhi pelbagai lapisan ekonomi negara itu, dan membawa faedah kepada ekonomi, sektor korporat serta rakyat Malaysia.
Datuk Seri Liow berpendapat bahawa merasmikan "B&R 2.0 MCA" pada masa ini adalah untuk menunjukkan arah untuk masyarakat, sektor korporat dan rakyat jelata dari kaum Cina Malaysia supaya membantu mereka menyertai pembangunan "B&R" antara kedua-dua negara dengan merujuk kepada pelan tindakan yang bersasaran jelas.
"B&R 2.0 MCA" dilaporkan menetapkan pelan tindakan dalam lima bidang, termasuk transformasi syarikat dan pemulaan kerjaya belia, pengantarabangsaan syarikat kecil dan sederhana, platform promosi pedagangan dan pelaburan, platform komunikasi dasar "B&R" serta pendidikan dan latihan berkenaan.