Demikian dinyatakan oleh Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian dalam upacara pelancaran "Kaum Cina dan B&R 2.0" anjuran Persatuan Cina Malaysia (MCA) baru-baru ini.
Bai Tian berkata, Malaysia antara negara yang paling awal menyahut Inisiatif B&R. Dengan adanya dorongan Inisiatif B&R, kerjasama China-Malaysia berkembang dengan pesat dan menyeluruh dalam tempoh 5 tahun yang lalu. China kini merupakan rakan dagang paling besar bagi Malaysia, sumber pelaburan paling besar bagi sektor pembuatan Malaysia, rakan kerjasama utama dalam bidang kontraktor pembinaan dan negara penyumbang pelancong asing yang paling besar.
Tambah beliau, terdapat potensi kerjasama yang besar antara kedua-dua negara dalam industri barang elektronik, petrokimia, besi dan keluli, kelengkapan perubatan dan automobil.