Cari:
Aktiviti "TBC Riang Gembira" Makin Hangat
2018-02-12 11:37:59 CRI Cetak

Upacara perasmian aktiviti "Tahun Baharu Cina Riang Gembira" telah diadakan di Pusat Kebudayaan China Singapura semalam.

Aktiviti yang diadakan bertepatan dengan Tahun Kebudayaan Singapura-Anhui China 2018 bertema "Indahnya Anhui", menghidangkan persembahan kesenian istimewa oleh barisan artis dari Anhui.

Naib Menteri Kebudayaan China, Yang Zhijin dalam upacara tersebut menyatakan bahawa Pusat itu telah menyediakan wahana penting bagi interaksi kebudayaan kedua-dua negara.

Dalam tempoh dua tahun sejak ditubuhkan, Pusat tersebut telah menganjurkan lebih 500 aktiviti kebudayaan yang menarik lebih 200 ribu peserta.

Pusat itu telah menjadi jambatan penting bagi interaksi dan kerjasama kebudayaan serta persahabatan antara China dengan Singapura.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China