Selepas laluan terus Chaoshan-Bangkok yang dikendalikan oleh syarikat Spring Airlines dibuka pada 18 Januari lalu, penerbangan itu kini beroperasi tiga kali sehari pada waktu siang dan malam.
Untuk memenuhi keperluan para penumpang, syarikat subsidiari China Southern Airlines (CSAir) di Shantou telah menambah 40 pernerbangan ulang-alik Chaoshan-Bangkok dalam tempoh percutian sempena Tahun Baharu Cina.
Serentak itu, dua laluan baharu dari Chaoshan ke Phnom Penh dan Siem Reap turut mendapat sambutan hangat daripada para penumpang dari provinsi Guangdong.