Seorang warga China berusia 19 tahun yang melancong ke Kemboja secara bersendirian sejak 5 Februari lalu terputus hubungan dengan keluarganya selepas kontak terakhir dibuat pada malam 6 Februari.
Pemuda bernama keluarga Yan itu dilaporkan sentiasa menyiarkan maklumat mengenai perjalanannya melalui aplikasi QQ dan WeChat, namun tiada maklumat baharu sejak 7 Februari.
Media tempatan memetik abang Yan sebagai berkata, video terakhir yang disiarkan menunjukkan adiknya menaiki lanca sambil memperkenalkan pemandangan sekitar.
Yan menginap di lokasi berjarak lima minit perjalanan dari istana.
Pengarah Pejabat Konsul Kedutaan China ke Kemboja, Tian Ling semalam menyatakan bahawa pihaknya telah menghubungi polis tempatan, dan meminta agar warga China tersebut dicari dan keselamatannya dipastikan.