Cari:
Pelancong China Rai TBC di Kemboja
2018-02-12 14:38:05 CRI Cetak

Ramai pelancong China memilih Kemboja sebagai destinasi percutian sempena Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, sehingga hotel-hotel tempatan hampir habis ditempah.

Menurut data terkini Sekretariat Penerbangan Awam Kemboja, terdapat 15 syarikat penerbangan membuka laluan terus antara Kemboja dengan China, antaranya tiga syarikat tempatan dan 12 syarikat China.

Pada tahun lalu, jumlah pelancong China ke Kemboja mencatat kira-kira 1.2 juta, iaitu 21% jumlah pelancong asing ke negara itu. Angka tersebut meningkat 46% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Ketua Pengarah Jabatan Statistik Kementerian Pelancongan Kemboja berkata, jumlah pelancong asing ke Kemboja pada tahun ini dijangka mencatat 6 juta, dengan sumber pelancong terbesar, China.

Kemboja bukan sahaja kaya dengan destinasi pelancongan bersejarah, malah menyediakan banyak pakej pelancongan bertema ekologi dan pulau kepada pelancong asing.    

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China