Cari:
Hubungan China-ASEAN pada Era Baharu
2018-02-12 14:39:11 CRI Cetak

Duta Besar China ke ASEAN, Huang Xilian baru-baru ini telah mengundang kumpulan pemikir dan pegawai kanan media Indonesia ke pejabatnya untuk mengadakan majlis temu mesra mengenai era baharu China dan hubungan China-ASEAN pada era baharu.

Huang menyatakan bahawa era baharu ini akan membawa pasaran yang lebih besar, peluang yang lebih banyak, pelancong yang lebih ramai, sokongan yang lebih kuat dan kerjasama yang lebih mendalam.

Katanya, dalam tempoh 15 tahun akan datang, China dijangka akan mengimport produk bernilai USD24 trilion (RM94 trilion), sementara pelaburan terhadap luar mencatat USD2 trilion (RM7.9 trilion).

China akan menyediakan peluang baharu dan membina platform baharu bagi membantu negara-negara ASEAN menerima pelaburan dari China dan meneroka pasaran negara ini.

China akan bersama-sama ASEAN menggalakkan penaiktarafan kawasan perdagangan bebas agar hasilnya memberi manfaat kepada syarikat dan rakyat kedua-dua pihak dengan seawal mungkin.

China juga bersedia bersama-sama menggalakkan rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau, di samping bersama-sama mengekalkan momentum integrasi ekonomi dan perdagangan bebas rantau ini.

Huang menyatakan bahawa pada tahun lalu, China sumber pelancong terbesar bagi ASEAN, dengan jumlah pelancong melebihi 20 juta.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, pelancong China ke luar negara dijangka mencatat 700 juta.

Negara-negara ASEAN yang dilihat sebagai destinasi memikat, akan menarik lebih ramai pelancong China pada masa akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China