Cari:
Produk Pertanian ASEAN Laris Sempena TBC
2018-02-13 14:17:34 CRI Cetak

Sempena Tahun Baharu Cina (TBC), pasar-pasar di Nanning, Guangxi menawarkan banyak produk pertanian dari negara-negara ASEAN.

Beras Kemboja, buah markisah Vietnam dan durian Malaysia menjadi pilihan utama rakyat China sewaktu membeli-belah barang-barang keperluan untuk TBC.

Naib Pengarah Jabatan Pertanian Guangxi, Guo Xuquan berkata, pihaknya telah membuka hab hasil pertanian Guangxi-ASEAN secara percubaan di Indonesia, Myanmar, Vietnam, Kemboja dan Laos.

Kata beliau, Guangxi akan memperhebat kerjasama pertanian dan menyempurnakan kawasan rintis kerjasama di seberang laut, bagi mendorong kesalinghubungan dan merangsang pelaburan sektor berkenaan antara satu sama lain.

Tumpuan akan diberikan terhadap hab kerjasama domestik dan dengan ASEAN serta pembangunan daya saing syarikat dan jenama berorientasikan eksport, di samping menganjurkan aktiviti pertanian dalam kerangka Ekspo China-ASEAN 2018.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China