Kuiz "China in Your Classroom" ke-11 melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah di Filipina berakhir di Manila semalam.
Juara kuiz tersebut akan diundang melawat ke Beijing untuk menghayati budaya, sejarah dan adat resam di China.
Aktiviti itu dianjurkan bersama oleh Pusat Pendidikan Cina Filipina, Pejabat Kebudayaan Kedutaan Besar China di Filipina, Biro Pendidikan Kawasan Ibu Kota Filipina dan Gabungan Persatuan Pelbagai Bidang Orang Cina di Filipina sempena ulang tahun ke-42 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Pasukan dari Sekolah Menengah Pinagbuhatan, bandar Pasig muncul sebagai johan untuk kali ketiga berturut-turut.