Cari:
Tema Salji Tarik Pelancong Thailand
2018-02-13 15:00:33 CRI Cetak

Ekspo Pelancongan Antarabangsa Thailand ke-22 yang telah berlangsung selama lima hari di Bangkok, berakhir pada 11 Februari lalu.

Tema "pelancongan ais dan salji" telah membangkitkan minat ramai pelancong Thailand.

Pemandangan ais dan salji yang unik di China kian menarik kedatangan lebih ramai pelancong Thailand. Jumlah pelancong Thailand ke China telah melebihi 700 ribu pada 2017.

Beijing, Shanghai, Guangzhou dan kawasan barat daya yang berdekatan dengan Thailand merupakan destinasi paling kerap dilawati pelancong dari negara itu.

Ketua Persatuan Pelancongan ke Luar Negara Thailand, Suparerk Soorangura berkata, China menduduki tempat kedua dalam pasaran pelancongan ke luar negara di Thailand. Jumlah pelancong Thailand ke China dijangka akan terus meningkat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China