Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Indonesia yang menghubungkan Jakarta dengan Bandung dilaporkan berjalan kurang lancar berikutan masalah berkaitan pengambilan tanah.
Kementerian Koordinator Bidang Kemaritiman Indonesia bagaimanapun memaklumkan bahawa masalah berkenaan akan ditangani sepenuhnya tidak lama lagi, bagi membolehkan pembinaan landasan itu dimulakan Mei nanti.
Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman, Luhut Panjaitan menyatakan projek HSR Jakarta-Bandung melibatkan tiga fasa iaitu pengambilan tanah, pemerolehan lesen dan pengumpulan dana.
Selain pengambilan tanah yang dijangka selesai selewat-lewatnya pada bulan Mac, dua fasa lain telahpun selesai.
Pembinaan landasan HSR Jakarta-Bandung memerlukan tanah sepanjang 142.3 kilometer, kira-kira 55 kilometer daripadanya sudah diambil alih.