Cari:
Syarikat Asing Jana Pembangunan Sosioekonomi Kemboja
2018-02-14 14:10:58 CRI Cetak

Syarikat asing berperanan penting bagi menjana pembangunan sosioekonomi di Kemboja.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen di Phnom Penh semalam.

Kata beliau, tenaga profesional amat diperlukan untuk pembinaan loji janakuasa hidroelektrik di Kemboja. Selain mengundang pekerja dari negara asing, Kemboja juga harus memperhebat latihan sumber manusia untuk melahirkan tenaga kerja tempatan yang cekap.

Pada tahun ini, syarikat modal asing telah menyediakan 300 ribu peluang kerja baharu di Kemboja.

Menurut laporan yang diumumkan Bank Dunia pada Oktober lalu, walaupun ekonomi dunia masih berdepan banyak faktor yang tidak menentu, namun Kemboja dijangka mampu mengekalkan pertumbuhan yang stabil dalam jangka masa pendek dan sederhana.

Kadar pertumbuhan ekonomi negara tersebut sepanjang tahun ini dijangka mencatat 7%.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China