Menurut anggaran Kementerian Perdagangan Thailand, perdagangan antara Thailand dengan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) melambung 262% sejak perjanjian berkenaan mula berkuat kuasa pada Julai 2005.
Thailand juga ingin merancakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan negara-negara lain yang masih belum memeterai FTA dengannya.
Pada masa depan, Thailand akan berusaha menggalakkan rundingan berhubung FTA dengan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU).