Cari:
Filipina Batal Kontrak Beli Helikopter Kanada
2018-02-14 12:46:08 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengarahkan agar kontrak pembelian 16 helikopter Bell daripada Canadian Commercial Corporation (CCC) dibatalkan.

Demikian diumumkan dalam kenyataan Jabatan Pertahanan Negara Filipina semalam.

Kontrak pembelian helikopter berkenaan ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada 6 Februari.

Bagaimanapun, kerajaan Kanada memutuskan untuk meneliti semula kontrak itu dua hari selepas dimeterai, atas kebimbangan Filipina mungkin menggunakan kumpulan helikopter tersebut dalam tindakan ketenteraan yang mencabuli hak asasi manusia.

Dalam pada itu, Jabatan Pertahanan Negara Filipina menegaskan semula bahawa kumpulan helikopter tersebut akan digunakan untuk mengangkut kakitangan dan bahan bekalan, dan tidak akan digunakan dalam pertempuran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China