Cari:
Indonesia Naikkan Unjuran Eksport 2018
2018-02-14 12:47:18 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kerajaan Indonesia menaikkan unjuran pertumbuhan eksport dalam industri bukan minyak dan gas bagi tahun ini, iaitu sekitar 11% berbanding kadar 5% hingga 7% yang dijangkakan sebelum ini.

Enggartiasto Lukita, Menteri Perdagangan Indonesia berkata, peningkatan unjuran kali ini dilaksanakan berikutan ekonomi global yang semakin pulih serta harga komoditi pukal termasuk batu arang yang kembali naik.

Menurut anggaran Kementerian Perdagangan, jumlah eksport tahun lalu meningkat 16.2% berbanding tahun sebelumnya. Angka ini jauh lebih tinggi daripada unjuran pertumbuhan pada 5.6 % yang ditetapkan oleh kerajaan pada awal tahun lalu.

Difahamkan, sektor eksport Indonesia kini masih bergantung kepada komoditi primer, termasuk minyak kelapa sawit, minyak mentah, biji kopi dan getah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China