Cari:
MCKIP Beri Manfaat Besar
2018-02-15 15:04:01 CRI Cetak

Kerjasama antara Malaysia dengan China melalui Taman Industri Kuantan (MCKIP) mencapai hasil memberangsangkan hingga memberi manfaat kepada masyarakat tempatan.

Demikian dinyatakan oleh Anggota Lembaga Pengarah syarikat usaha sama MCKIP, Ma Zhengguo dalam temu bual bersama Agensi Berita Xinhua China baru-baru ini.

Ma berkata sejak taman industri itu ditubuhkan, 10 perjanjian melibatkan pelaburan melebihi RMB24.5 bilion (RM15 bilion) telah dicapai, termasuk projek pengeluaran besi dan keluli dengan output tahunan 3.5 juta tan, serta pengeluaran tayar dengan output tahunan 12 juta unit.   

Tambah beliau, MCKIP menguntungkan syarikat kecil dan sederhana (PKS) Malaysia, yang telah memperoleh kontrak bernilai RMB1 bilion (RM610 juta). Sebanyak 11 syarikat tempatan dan lebih 3,000 pekerja terlibat dalam pembinaan taman industri itu.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China