Cari:
Gala TBC di Bangkok
2018-02-16 13:07:06 CRI Cetak

Gala sempena Tahun Baharu Cina (TBC) diadakan di Pusat Budaya China di Bangkok petang semalam, anjuran bersama Kementerian Kebudayaan China, Kedutaan Besar China di Thailand, Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand serta Lembaga Pelancongan Thailand (TAT).

Para tetamu dihidangkan persembahan menarik oleh seniman dari sembilan provinsi China.

Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Wirasak Kowsoorad mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada rakyat kedua-dua negara dalam bahasa Mandarin dan Thai.

Beliau bagi pihak kerajaan Thailand mengucapkan terima kasih kepada kerajaan China, di samping mengalu-alukan kedatangan para seniman.

Menurut beliau, persembahan tersebut memperlihatkan betapa eratnya persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.

Naib Menteri Kebudayaan China, Yang Zhijin pula menyatakan bahawa hari TBC merupakan masa pertemuan semula keluarga. Kehadiran seniman China untuk berkongsi kegembiraan dengan penduduk Thailand memperlihatkan ikatan umpama keluarga.

Selepas gala tersebut, seniman China akan menghadiri pelbagai aktiviti kebudayaan di merata-rata tempat di Thailand.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China