Cari:
Hari Pertahanan Singapura 2018
2018-02-16 13:10:00 CRI Cetak

Upacara bagi memperingati mangsa semasa penjajahan Jepun diadakan untuk kali ke-51 sempena Hari Pertahanan Singapura semalam.

Acara itu dihadiri lebih 950 orang, termasuk Presiden Singapura, Halimah Yacob; Menteri Pendidikan yang juga Menteri Kedua Pertahanan Singapura, Ong Ye Kung; Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Cina Singapura (SCCCI), Roland Ng San Tiong; dan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar China di Singapura, Fang Xinwen.

Pada 15 Februari 76 tahun lalu, iaitu hari pertama Tahun Baharu Cina, Singapura jatuh ke tangan tentera penceroboh Jepun.

Presiden Singapura, Halimah Yacob menyatakan bahawa sejak tarikh tersebut, pengalaman pahit itu menjadi iktibar peri pentingnya pertahanan negara.

Ini merupakan kali pertama upacara bagi memperingati mangsa semasa penjajahan Jepun diadakan serentak dengan Hari Pertahanan.

Tugu peringatan didirikan atas sumbangan SCCCI yang mengetuai misi mencari mayat mangsa setelah berakhirnya Perang Dunia II.

Ahli sejarah Jepun, Nishisato Fuyuko yang turut menghadiri upacara tersebut menyatakan kepada media bahawa fahaman militaris Jepun yang membawa kepada tragedi itu. Sikap kerajaan Jepun yang enggan muhasabah mengakibatkan titik hitam tersebut beransur-ansur luput daripada ingatan rakyat negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China