Cari:
Gala Pauk-Phaw Sempena TBC
2018-02-16 13:25:02 CRI Cetak

Gala Pauk-Phaw sempena Tahun Baharu Cina (TBC) diadakan di Yangon kelmarin, anjuran bersama Kedutaan Besar China di Myanmar, Kementerian Keagamaan dan Kebudayaan Myanmar serta Jabatan Kebudayaan Provinsi Yunnan China.

Duta Besar China, Hong Liang menyatakan bahawa seiring dengan semakin terbukanya China, TBC disambut meriah di seluruh dunia hingga menjadi jambatan bagi memperkukuh persahabatan antara China dengan dunia.

Di Myanmar, TBC juga perayaan besar bagi masyarakat Cina dan etnik-etnik tempatan, malah platform penting bagi mempererat ikatan Pauk-Phaw.

Menurut beliau, seiring hubungan China-Myanmar terus berkembang sepanjang tahun lalu, persahabatan Pauk-Phaw makin kukuh.

Pembangunan bersama "Jalur dan Laluan" (B&R) serta koridor ekonomi China-Myanmar telah menunjukkan hala tuju hubungan bilateral yang pasti membawa lebih banyak faedah kepada rakyat.

Hong berharap tahun baharu membawa kemajuan lebih ketara kepada proses kedamaian Myanmar.

Setiausaha Tetap Kementerian Keagamaan dan Kebudayaan Myanmar, Htun Ohn mengenang kembali pertukaran kedua-dua negara dalam bidang seni budaya dan keagamaan, serta bantuan China kepada penganjuran temasya sukan di Myanmar dan pembaikpulihan pagoda di Bagan yang musnah dalam gempa.

Menurut beliau, pertukaran kebudayaan antara kedua-dua negara semakin rancak. Hubungan baik sesama tetangga diharap terus berkembang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China