Cari:
TPM Ziarah Rakan Karib sempena TBC
2018-02-17 15:08:47 CRI Cetak

Seperti tahun-tahun sudah, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meneruskan tradisi beliau mengunjungi kediaman rakan karibnya, Beh Song Wan bagi meraikan Tahun Baharu Cina di Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di Bagan Datuk hari ini.

Beh, 55 yang merupakan rakan karib Ahmad Zahid sejak 27 tahun lalu, menyediakan hidangan seperti kari kepala ikan sembilang, udang galah, pecal, mi goreng, pulut panggang serta limau mandarin untuk Ahmad Zahid serta 200 hadirin.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk tiba kira-kira 10.10 pagi dan meluangkan masa setengah jam di kediaman Beh sambil beramah mesra dengan anggota keluarga Beh.

Pemimpin nombor dua negara itu turut berkesempatan menggaul 'yee sang pecal' bersama-sama anggota keluarga Beh termasuk ibunya Cheah Seoh Lian, 77 yang merupakan ibu angkat Ahmad Zahid.

Beh yang mesra dipanggil Bujang oleh Ahmad Zahid ketika ditemui pemberita kemudian, berkata kehadiran Ahmad Zahid amat bermakna kerana timbalan perdana menteri itu tidak pernah melepaskan peluang menziarahi keluarganya ketika sambutan Tahun Baharu Cina.

"Saya seronok kerana walaupun beliau sibuk, beliau tidak pernah terlepas peluang datang menziarah kami apabila Tahun Baharu Cina. Ini kali kelima beliau datang selepas kami berpindah ke rumah baharu dan sebelum ini beliau datang ziarah ke kedai sahaja," katanya.

--- Bernama

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China