Cari:
Lebih 250,000 Pelancong China Semasa TBC
2018-02-18 14:34:18 CRI Cetak

Dijangkakan lebih 250,000 pelancong China melawat Malaysia sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) kali ini berbanding hampir 200,000 sewaktu perayaan itu tahun lepas.

Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis berkata pihaknya yakin akan kedatangan pelancong China yang lebih ramai memandangkan Kedutaan Malaysia di China telah mengeluarkan 327,000 visa bagi perjalanan bermula 16 Februari hingga sambutan Chap Goh Meh pada awal Mac.

Ini merupakan perkembangan yang sangat positif memandangkan hanya 193,000 visa dikeluarkan bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Katanya, selain hubungan rapat antara kerajaan Malaysia dan China, turut menyumbang kepada penambahan bilangan pelancong dari negara itu adalah peranan yang dimainkan oleh lebih 4,000 pemandu pelancong berbahasa Mandarin yang berdaftar di negara ini.

Untuk itu, MITA sedang berusaha untuk menambah bilangan lesen sementara bagi pemandu pelancong yang fasih berbahasa Mandarin.

Selain itu MITA juga banyak mengadakan aktiviti promosi di China setiap tahun.

-Bernama

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China