Cari:
Pesta Gajah di Laos
2018-02-19 14:11:52 CRI Cetak

Pesta Gajah dirasmikan oleh Presiden Boungnang Vorachith di wilayah Xayabuli kelmarin bersempena Tahun Pelancongan Laos 2018.

Majlis perasmian dihadiri Gabenor Xayabuli, Phongsavan Sittavong, pegawai kerajaan, tokoh dari dalam dan luar negara serta penduduk tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Pesta Gajah yang juga Naib Gabenor Xayabuli, Yanyong Sipaseuth memaklumkan bahawa pesta berkenaan adalah untuk membudayakan tradisi rakyat Laos hidup bersama gajah secara harmoni.

Pesta Gajah yang telah diadakan 12 kali sejak 2007 turut menjana sektor pelancongan dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap perlindungan gajah.

Pada tahun lalu, hampir 110 ribu pelancong melawat ke Xayabuli, yang menyumbang pendapatan USD6.1 juta (RM24 juta).

Jumlah pelancong dijangka naik kepada 130 ribu pada tahun ini dan membawa pendapatan lebih USD7 juta (RM27 juta).

Xayabuli merupakan wilayah yang mempunyai populasi gajah paling besar di Laos. Kini, terdapat kira-kira 400 ekor gajah di sana, termasuk kira-kira 60 ekor gajah liar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China