Cari:
Pesta Makanan China di Thailand
2018-02-20 12:39:17 CRI Cetak

Lebih seribu warga Thailand diberi kesempatan merasai hidangan enak China semasa pesta makanan China yang diadakan di wilayah Nakhon Sawan malam kelmarin.

Hidangan tersebut disediakan oleh tukang masak dari bandar Ningbo, provinsi Zhejiang yang dipilih Kementerian Kebudayaan China.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Wissanu Krea-ngam menyatakan bahawa pesta itu membolehkan rakyat Thailand menjamu selera dengan hidangan serupa menu pada Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Hangzhou.

Aktiviti sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) di Nakhon Sawan telah bersejarah selama 102 tahun, mencerminkan keharmonian antara masyarakat Cina dengan peribumi.

Aktiviti sambutan anjuran bersama kerajaan China dan Thailand turut memperlihatkan ikatan kukuh umpama keluarga.

Pada malam dan hari pertama TBC, tukang masak China juga mengadakan aktiviti serupa di Bangkok, yang dihadiri tetamu mulia termasuk Puteri Maha Chakri Sirindhorn dan Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China