Cari:
Projek Jawa-7 Baiki Hidup Staf Indonesia
2018-02-20 12:41:21 CRI Cetak

Aktiviti sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) diadakan di tapak projek loji janakuasa elektrik Jawa-7 di wilayah Banten, Indonesia baru-baru ini.

Staf dari China dan Indonesia bersama-sama menghasilkan guntingan kertas dan kuplet, membuat ladu dan menulis karakter "福" yang membawa erti "tuah".

Jawa-7 adalah projek loji janakuasa menggunakan batu arang yang terbesar di Indonesia, melibatkan pelaburan kira-kira USD2 bilion (RM7.8 bilion).

Projek usaha sama syarikat China dan Indonesia itu komponen penting pembangunan "Jalur dan Laluan" (B&R).

Pembinaan dimulakan pada awal tahun lalu dan dijangka siap pada 2020.

Antara lebih 1,500 staf Indonesia yang diupah, ramai yang berpendapat bahawa penglibatan dalam projek Jawa-7 membolehkan mereka lebih memahami nilai dan cara kerja staf dan syarikat China serta menguasai kemahiran profesional, di samping membaiki kehidupan mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China