Cari:
DU30 Mudahkan Komunikasi Duterte dengan Rakyat
2018-02-21 13:52:52 CRI Cetak

Aplikasi mudah alih, DU30 diperkenalkan bagi memudahkan komunikasi antara Presiden Rodrigo Duterte dengan rakyat Filipina.

Setiausaha Komunikasi Presiden, Martin Andanar menyatakan bahawa aplikasi itu akan membantu menghapuskan salah faham rakyat terhadap dasar kerajaan memandangkan khabar angin kerap tersebar.

DU30 yang dilancarkan semasa Persidangan Maklumat Negara di Davao semalam, dibangunkan oleh syarikat Ibayad untuk sistem iOS dan Android.

Pengguna boleh mengakses maklumat berkaitan kerajaan, selain menyampaikan pandangan kepada Presiden.

DU30 juga akan menjadi platform untuk membolehkan rakyat terlibat dalam tadbir urus sosial, di samping membantu melengkapi sistem pemantauan masyarakat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China