Cari:
Pameran "China dalam Era Baharu" di Bali
2018-02-22 16:08:35 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pameran gambar "China dalam Era Baharu" anjuran Konsulat Jeneral China di Denpasar, Indonesia membuka tirai di Pusat Kesenian Bali semalam.

Konsul Jeneral China, Chen Wei dalam majlis perasmian berkata, hubungan antara China dengan Indonesia kini berada pada tempoh terbaik dalam sejarah, seiring penyelarasan inisiatif Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 dengan visi Presiden Joko Widodo (Jokowi) untuk mengetengahkan Indonesia sebagai paksi maritim dunia.

Pameran di Bali membolehkan rakyat Indonesia lebih mengetahui kemajuan dalam proses pembangunan China kebelakangan ini.

Kerajaan Bali mahu memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang dengan Konsulat Jeneral China demi merancakkan pertukaran sosiobudaya, sekali gus memantapkan hubungan China-Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China