Jogyakarta, kota bersejarah Indonesia dihias merah sempena Tahun Baharu Cina (TBC).
Baik di lapangan terbang dan destinasi pelancongan, ataupun China Town dan hotel mewah, tanglung merah dan sepanduk "Gong Xi Fa Cai" dapat dilihat di merata-rata tempat.
Setiap tahun, minggu budaya Cina akan diadakan di China Town anjuran kerajaan Jogyakarta dengan kerjasama jabatan pelancongan dan kebudayaan.
Suasana meriah turut dirasai di Borobudur, candi agama Buddha paling besar serta Prambanan, candi agama Hindu terbesar di dunia.