Cari:
Ekspo Import Antarabangsa China November Depan
2018-02-23 13:55:36 CRI Cetak

Ekspo Import Antarabangsa China pertama bakal diadakan di Shanghai pada 5 hingga 10 November akan datang.

Majlis promosi ekspo itu diadakan di Singapura semalam, anjuran bersama Kedutaan Besar China dan Majlis Persekutuan Perniagaan Singapura.

Turut hadir, Menteri Penasihat di Kedutaan Besar China, Zhong Manying; Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Sim Ann; dan Pengerusi Majlis Persekutuan Perniagaan Singapura, Teo Siong Seng.

Zhong Manying memaklumkan ekspo tersebut bertemakan "Era Baharu, Platform Baharu". Kerajaan China mengalu-alukan penyertaan ahli perniagaan dan tokoh-tokoh pelbagai lapisan masyarakat Singapura untuk merancakkan perdagangan melalui platform itu.

Sim Ann pula menyatakan ekspo itu menunjukkan kesungguhan China untuk membuka pasarannya kepada dunia. Singapura berbesar hati dapat menyertai ekspo tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China