Setiausaha Eksekutif Filipina, Salvador Medialdea memanggil Duta Besar AS, Sung Kim susulan laporan risikan AS yang melabelkan Presiden Rodrigo Duterte sebagai ancaman terhadap demokrasi dan hak asasi manusia.
Medialdea dalam pertemuan dengan Sung Kim kelmarin menyatakan bahawa dasar diambil oleh kerajaan Duterte adalah berasaskan undang-undang, dengan tujuan untuk menjana pembangunan sosioekonomi hingga mewujudkan persekitaran sosial yang lebih baik dan selamat bagi rakyat Filipina.
Sebelum ini, jurucakap Presiden Filipina, Harry Roque menghentam laporan risikan AS itu sebagai "berfikiran singkat dan tidak berasas".
Beliau menegaskan Duterte "bukan seorang autokrat dan tiada kecenderungan ke arah itu", malah "sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang dan perlembagaan". Laporan berkenaan akan menjejaskan hubungan persahabatan antara Filipina dengan AS.