Pusingan keempat rundingan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif antara Indonesia dengan Kesatuan Eropah (I-EU CEPA) diadakan baru-baru ini.
Wakil perunding Indonesia, Iman Pambagyo menyatakan, kedua-dua pihak berharap dapat membina hubungan kerjasama ekonomi dan perdagangan komprehensif, yang bukan sahaja melonjakkan kerjasama ke tahap lebih tinggi, malah menyepadukan ekonomi demi keuntungan bersama.
Indonesia menyasarkan untuk meningkatkan pengeksportan dan menarik pelaburan melalui rundingan tersebut.