Cari:
Dikenakan Duti Antilambakan, Indonesia Rayu kepada WTO
2018-02-24 15:39:01 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan keputusan untuk mengenakan duti antilambakan antara 92.52% hingga 276.65% ke atas biodiesel yang diimport dari Indonesia, 21 Februari lalu.

Susulan itu, kerajaan Indonesia akan mengemukakan rayuan kepada Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) agar isu tersebut dipertimbangkan semula melalui mekanisme penyelesaian sengketa dagang.

Menurut Kementerian Perdagangan Indonesia, AS merupakan pasaran eksport biodiesel terbesar bagi Indonesia, namun produk berkenaan akan tidak dapat dijual dalam pasaran negara itu ekoran kutipan duti antilambakan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China