Cari:
Kos HSR Jakarta-Bandung Meningkat
2018-02-24 14:14:21 CRI Cetak

Kos pembinaan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung dijangka meningkat daripada USD5.9 bilion kepada USD6.071 bilion, susulan perubahan sebahagian projek.

Pemangku Pengurus Besar Syarikat Kereta Cepat Indonesia China (KCIC), Dwi Windarto memaklumkan bahawa landasan ditinggikan yang dirancang dibina di beberapa seksyen akan digantikan dengan landasan merentasi terowong.

Sementara itu, dana projek tersebut bukan semuanya dipinjam dari Bank Pembangunan China (CDB), sebahagian adalah dari syarikat Pilar Sineergi BUMN Indoensia dan lima syarikat milik negara China.

Projek HSR Jakarta-Bandung melibatkan landasan sepanjang 142 kilometer dengan empat stesen akan disambung dengan kemudahan pengangkutan lain di stesen Karawang, Walini dan Tegalluar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China