Cari:
Yang Jiechi Bertemu Raja Kemboja
2018-02-26 11:20:29 CRI Cetak

Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga ahli Dewan Negara, Yang Jiechi bertemu dengan Raja Kemboja, Norodom Sihamoni dan ibu suri, Norodom Monineath di Beijing semalam.

Yang menyampaikan mogaan dan harapan baik Presiden China, Xi Jinping kepada dua tetamu mulia tersebut.

Menurutnya, lawatan Presiden Xi ke Kemboja dan Raja Norodom Sihamoni ke China pada tahun lalu menggalakkan perkembangan hubungan dua hala.

Kedua-dua negara akan terus mengintensifkan hubungan dua hala sempena ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan diplomatik China-Kemboja pada tahun ini.

Raja Norodom Sihamoni dan ibu suri, Norodom Monineath turut menyampaikan mogaan kepada Presiden Xi dan isterinya. Baginda bertitah, perkembangan hubungan dua hala berprospek cerah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China