Cari:
Generator Projek Hidroelektrik CEGC Selesai Ujian
2018-02-26 13:35:49 CRI Cetak

Unit generator pertama dan kedua loji hidroelektrik di wilayah Xieng Khouang, utara Laos selesai menjalankan ujian operasi selama 72 jam pada 24 Februari lalu.

Projek loji hidroelektrik itu dibina melalui usaha sama Laos dengan Syarikat Kejuruteraan Tenaga China (CEGC), terletak di hulu sungai Nam Ngiap, 66 kilometer dari Phonsava.

Kapasiti dua unit generator berkenaan adalah 104 ribu kilowatt.

Selain merupakan projek utama dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) China di Laos, loji tersebut adalah projek kedua yang dibekal dan dipasang oleh CEGC di negara itu selepas Loji Hidroelektrik Houay Lamphan Gnai.

CEGC merupakan syarikat induk yang mempunyai rantaian lengkap meliputi perancangan, tinjauan dan reka bentuk, pelaburan, pembinaan, pengoperasian, serta perkhidmatan berkaitan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China